AMSTERDAM: Kerajaan Belanda mengisytiharkan dua menteri kanan Israel sebagai persona non grata berikutan tindakan dan kenyataan mereka yang dianggap melampau terhadap rakyat Palestin. Langkah melibatkan Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich dan Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben-Gvir itu diumumkan melalui surat rasmi kepada Parlimen yang dikeluarkan semalam. Menurut Menteri Luar Belanda, Caspar Veldkamp, kedua-dua tokoh sayap kanan itu berulang kali menghasut keganasan peneroka terhadap Palestin, menyokong peluasan penempatan haram dan menyeru pembersihan…









