PENDANG: Allahyarham Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, yang maut bersama suami dan empat anaknya dalam kereta di Sungai Korok di sini, berulang alik dari Jerlun ke Pendang dengan jarak 45 kilometer setiap hari untuk berniaga roti canai di Tanah Merah, di sini. Jenazah enam beranak itu ditemukan dalam kereta Proton Iswara yang terbabas ke dalam sungai berkenaan berkedalaman enam meter, pagi kelmarin selepas dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu. Ibu…