Aktiviti menuba jejas penternak ikan Sungai Berang

Aktiviti menuba jejas penternak ikan Sungai Berang

PROJEK ternakan ikan antara yang berisiko terjejas sekiranya kegiatan menuba di Sungai Berang, Hulu Terengganu terus berleluasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Penternak ikan dan penduduk di Kampung Tanjung Putat, di sini kesal de­ngan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menuba ikan di kawasan Sungai Berang sehingga menjejaskan pendapatan mereka.

Mereka mendakwa, perbuatan itu semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini dan dikhua­tiri bukan sahaja menjejaskan sumber rezeki penduduk tetapi memberi kesan kepada ekosistem sungai.

Seorang penduduk, Ahmad Sulaiman, 70, berkata, kegiatan menuba di Sungai Berang bukanlah perkara baharu namun kembali menjadi-jadi sejak tiga minggu lalu.

“Saya melihat sendiri ikan-ikan di sungai ini mati dan timbul di permukaan air akibat kegiatan menuba. Biasanya kegiatan menuba dibuat semasa air cetek. Kegiatan ini menyebabkan ikan berkurangan dan ekosistem sungai terganggu,” katanya ketika ditemui di Kampung Tanjung Putat.

Seorang penternak ikan air tawar, Baharuddin Mat Ali, 65, berkata, dia bimbang perbuatan menuba secara berleluasa memberi kesan yang lebih buruk terhadap ternakan ikan tilapia dalam tangki yang diusahakannya sejak tiga tahun lalu.

Katanya, dia menyedari wujudnya kegiatan tersebut setelah mendapati ternakannya mati secara tiba-tiba selepas melihat ikan-ikan sungai juga terapung di sekitar kawasan itu.

“Kita tidak tahu individu mana yang melakukan kegiatan ini, tetapi kesannya boleh nampak apabila ikan mati dan dan ternakan saya turut terjejas,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×