PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mewujudkan Akademi Bahas Madani di 72 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di seluruh negara secara berperingkat. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, penubuhan akademi ini bagi memperkukuh kemahiran berbahasa dan pengucapan awam dalam kalangan pelajar yang bakal menyertai Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri edisi akan datang. Beliau berkata, ia turut menjadi platform melatih pelajar menyusun dan menyampaikan pandangan dengan penuh keyakinan, kematangan dan beradab. “Tumpuan akan diberikan…