Agong titah pantau aktiviti pembakaran terbuka

Agong titah pantau aktiviti pembakaran terbuka

SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada susulan cuaca kering ketika ini yang berupaya meningkatkan risiko kebakaran dan jerebu.

Seri Paduka bertitah, keada­an itu juga berisiko menjejaskan kesihatan penduduk, khususnya golongan kanak-kanak, warga emas dan mereka yang menghidap masalah pernafasan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kesihatan diri serta memantau bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari semasa ke semasa.

“Ini kerana keadaan cuaca panas dan kering boleh menyebabkan kebakaran me­rebak dengan cepat,” titah Seri Paduka dalam Facebook Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim turut menitahkan pihak berkuasa untuk terus mempertingkatkan rondaan jika terdapat aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menjejaskan kualiti udara negara.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Met Malaysia, Dr. Mohd. ­Hisham Mohd. Anip berkata, jerebu rentas sempadan didapati sedang melanda beberapa negeri pantai barat Semenanjung Malaysia berdasarkan pencerapan dilakukan pihak­nya.

Katanya, berdasarkan analisis imej satelit NOAA-20 dike­luarkan Asean Specia­lized Meteorological Centre (ASMC) mendapati wujud 79 titik panas di kawasan Sumatera, Indonesia.

“Ia ­berkemungkinan menjadi punca kepada keada­an berjerebu berkenaan yang dibawa (ke Malaysia) oleh tiupan angin barat daya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN