Waris mangsa nahas FRU tuntut syarikat lori bertanggungjawab

Waris mangsa nahas FRU tuntut syarikat lori bertanggungjawab

KEADAAN kemalangan membabitkan sebuah trak FRU dan lori membawa muatan kerikil dalam kejadian di Teluk Intan, Perak, 13 Mei lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat pengendali lori yang terbabit dalam nahas mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak perlu bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.

Ini selepas Laporan Awal Penyiasatan Keselamatan Pe­ngangkutan Jalan mendedah­kan syarikat berkenaan gagal dalam Laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) dan hanya memperoleh mar­kah keseluruhan 15 peratus sahaja.

Selain itu, atas kesalahan mereka membenarkan pemandu membawa muatan berlebihan sehingga 40,960 kilogram (kg) sedangkan muatan dibenarkan hanya 24,000 kg sahaja sekali gus menandakan lori berkenaan membawa muatan lebih 70.67 peratus pada hari kejadian.

Waris mangsa, Siti Rafidah Kamis, 43, berkata, beliau mengharapkan syarikat ber­kenaan bertanggungjawab ter­hadap kesalahan-kesalahan di­lakukan.

“Saya serah kepada pihak berkaitan dalam memastikan siasatan dilakukan adil kepada semua waris mangsa terlibat.

“Selain daripada pemandu, saya juga merasakan syarikat perlu bertanggungjawab. Mereka sepatutnya pastikan ken­deraan berada dalam keada­an baik sebelum perjalanan dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Siti Rafidah merupakan isteri kepada Koperal Haslizal Mohd Ali.

“Suami kini terlantar, dia tidak boleh berdiri kerana tulang punggungnya sudah dimasukkan enam skru jadi doktor tidak bagi kakinya pijak apa-apa,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN