Tiada rundingan nuklear selagi Israel serang Iran

Tiada rundingan nuklear selagi Israel serang Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran menegaskan tidak akan menyambung semula rundingan berhubung program nuklearnya selagi negara itu masih diserang.

Pertempuran terus memuncak pada Jumaat apabila Teheran melancarkan serangan peluru berpandu ke utara Israel, manakala rejim menyasarkan puluhan lokasi di Iran.

Menteri Luar Iran, Abbas Aragchi mengadakan pertemuan dengan diplomat Eropah di Geneva, yang menggesanya menghidupkan semula usaha diplomatik dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung program nuklear.

Bagaimanapun, Araghchi berkata, Iran hanya bersedia mempertimbangkan pendekatan diplomatik selepas pencerobohan Israel dihentikan.

Beliau turut menegaskan program nuklear Iran adalah bertujuan damai dan menuduh serangan Israel melanggar undang-undang antarabangsa.

“Saya ingin tegaskan bahawa keupayaan pertahanan Iran tidak boleh dirunding,” katanya.

Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pula menuduh Iran mempunyai ‘agenda pembunuhan beramai-ramai’ dan menjadi ancaman berterusan.

Katanya, Israel tidak akan berhenti menyasarkan kemudahan nuklear Iran sehingga ia dimusnahkan sepenuhnya.

Presiden Donald Trump memberi amaran Iran mempunyai maksimum dua minggu untuk mengelakkan kemungkinan serangan udara AS, sambil memberi bayangan kemungkinan membuat keputusan sebelum tempoh itu berakhir.

“Saya beri mereka satu tempoh masa dan saya rasa maksimum adalah dua minggu,” kata Trump kepada wartawan sambil menambah bahawa matlamatnya adalah untuk melihat sama ada Iran mampu bertindak secara rasional.

Trump juga menolak keberkesanan rundingan antara Araghchi dan menteri luar United Kingdom (UK), Perancis, Jerman dan Kesatuan Eropah (EU).

“Iran tidak mahu bercakap dengan Eropah. Mereka mahu bercakap dengan kami. Eropah tidak akan mampu membantu dalam hal ini,” kata Trump.- BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN