'Tiada belas kasihan untuk Israel' - Ali Khamenei

‘Tiada belas kasihan untuk Israel’ – Ali Khamenei

AYATOLLAH ALI KHAMENEI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khemenei, hari ini berikrar negaranya tidak akan berlembut dan berkompromi terhadap pemerintah Israel.

Kenyataan itu dibuat hanya beberapa jam selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menuntut Iran menyerah kalah tanpa syarat.

“Kita mesti memberikan tindak balas tegas terhadap rejim pengganas Zionis. Kita tidak akan menunjukkan belas kasihan kepada mereka,” kata Khamenei dalam hantaran di platform X.

Minggu lalu, Israel melancarkan kempen pengeboman luar biasa yang menyasarkan kemudahan nuklear dan ketenteraan Iran, termasuk kawasan kediaman.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan peluru berpandu dan dron, dan awal pagi Rabu mengumumkan bahawa mereka menembak peluru berpandu hipersonik ke arah Israel.

Semalam, Trump menuntut Iran menyerah kalah tanpa syarat dan dengan angkuh mendakwa AS mampu membunuh Khamenei dengan mudah.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN