WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) membantu menembak jatuh peluru berpandu Iran yang menuju ke Israel. Seorang pegawai AS yang tidak dinamakan mendakwa, buat masa ini pemintasan itu dilakukan oleh sistem berasaskan darat. Pegawai itu juga mendakwa, jet pejuang dan kapal perang masih belum digunakan setakat ini. Namun, pegawai tersebut tidak memberikan maklumat mengenai lokasi sebenar pemintasan AS berlaku. AS mempunyai hampir 40,000 anggota tentera yang ditempatkan di Asia Barat, termasuk…









