Sumbat 1,000 kg beras putih seludup dalam kereta

Sumbat 1,000 kg beras putih seludup dalam kereta

ANGGOTA PGA menunjukkan beras putih yang diseludup dari Thailand menggunakan sebuah kereta di Kampung Chabang Empat Telaga Bata, Tumpat, Kelantan-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Cubaan seorang lelaki menyeludup 1,000 kilogram (kg) beras putih dari Thailand menggunakan kereta jenis Proton Wira gagal selepas kegiatan haram itu berjaya dihidu anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Chabang Empat Telaga Bata di sini semalam.

Bagaimanapun, suspek melarikan diri dengan meninggalkan kereta tersebut ditepi jalan sejurus menyedari kehadiran anggota PGA yang melakukan rondaan rutin Op Taring Wawasan Kelantan pada pukul 3.30 petang.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pemeriksaan lanjut yang dilakukan ke atas kereta itu telah menjumpai 1,000 kg beras putih yang disyaki diseludup Thailand.

“Beras tersebut dianggarkan berjumlah RM4,000,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kesemua barangan rampasan diserahkan kepada Kawal Selia Padi Beras Negara (KSPBN) Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN