WASHINGTON: Jutawan terkenal, Elon Musk menafikan laporan beliau menggunakan ketamin dan dadah lain sepanjang tahun lalu, ketika kempen pilihan raya 2024. Minggu lalu, The New York Times melaporkan pemilik Tesla dan SpaceX itu menggunakan terlalu banyak ketamin, ubat bius yang kuat, sehingga mengalami masalah pundi kencing. Akhbar itu juga mendakwa, individu terkaya dunia berkenaan turut mengambil ekstasi dan dadah ‘mushroom’ serta membawa kotak pil ketika melakukan perjalanan tahun lalu. Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada Musk turut mengambil dadah semasa mengetuai Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) selepas Trump mengambil alih kuasa. “Untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya