BOGOTÁ: Penemuan rangka manusia berusia kira-kira 6,000 tahun di dataran tinggi Bogota, Columbia, membuka lembaran baharu dalam kajian arkeologi. Struktur genetik rangka itu didapati tidak sepadan dengan mana-mana keturunan penduduk asal yang diketahui di Amerika Selatan. Rangka, yang ditemukan di tapak praseramik purba Checua berhampiran ibu negara Columbia, dikenal pasti berasal daripada kumpulan pemburu dan pengumpul hasil hutan yang mempunyai susur galur genetik berbeza, keturunan yang kini pupus sepenuhnya dan tidak lagi wujud dalam populasi moden. Menurut penyelidik dari Pusat Evolusi Manusia Senckenberg di Jerman, Kim-Louise Krettek, kajian terhadap DNA…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya