RIYADH: Kementerian Pertahanan Arab Saudi mengerahkan armada pesawat pemindahan udara bagi menangani kes kecemasan perubatan sepanjang musim haji yang bermula hari ini. Kementerian itu akan menyediakan perkhidmatan ambulans canggih untuk memindahkan kes kesihatan kecemasan dari lokasi haji ke hospital di dalam dan luar Mekah. Dianggarkan 1.25 juta umat Islam mengambil bahagian dalam ibadah haji tahun ini, yang bermula antara 4 hingga 9 Jun. Pasukan logistik dan perubatan kementerian akan menyelia…










