PETALING JAYA: Seorang penyanyi rap tempatan dan dua rakannya ditahan pihak berkuasa Laos kerana disyaki cuba menyeludup 103 bungkusan ganja dianggarkan seberat 86 kilogram, bulan lalu. Menurut laporan media tempatan, The Laotian Times, penyanyi itu yang juga anggota sebuah kumpulan rap tempatan dan dua rakannya, ditahan pada 27 Mei lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, Laos selepas disyaki cuba menyeludup dadah tersebut ke Jerman. Pemangku Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mat Zani @ Mohd. Salahuddin Che Ali ketika dihubungi mengesahkan penahanan tiga rakyat Malaysia terbabit. Beliau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya