KUALA LUMPUR: Syarikat pengendali kenderaan barangan dan bas ekspres tidak boleh menjadikan alasan pemandu menyembunyikan saman sebagai sebab untuk mengelak daripada membayar kompaun yang dikenakan pihak berkuasa. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, isu pemandu tidak memaklumkan saman kepada majikan bukan alasan untuk mengelak tanggungjawab kerana permit dan kenderaan didaftarkan atas nama syarikat pengendali. Beliau berkata, tindakan menyalahkan pemandu seolah-olah cuba melepaskan tanggungjawab sedangkan permit kenderaan dikeluarkan kepada syarikat, bukan individu. Katanya, pengawasan terhadap pemandu terletak di bawah kawal selia sepenuhnya pihak pengurusan syarikat dan bukan tanggungjawab Jabatan Pengangkutan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya