Nafiez Zaidi belum mahu buka hati terima cinta - Utusan Malaysia

Nafiez Zaidi belum mahu buka hati terima cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nafiez Zaidi, 33, mengakui belum mahu mengisi hati dengan cinta seorang wanita.

Bagi Nafiez, sejak kehilangan bapa pada 2017, dia kini memberi fokus hidup untuk mencari rezeki bagi menyara ibu dan dua orang adiknya.

“Status saya sekarang ini sejujurnya memang tiada sesiapa, masih bujang dan tidak terfikir untuk bercinta.

“Keluarga saya tidak cuba atur jodoh sebab sekarang saya hanya tinggal emak dan adik-adik.

“Dia faham keadaan saya sebagai ketua keluarga, saya bertanggungjawab menyara keluarga termasuklah adik yang sedang bersekolah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di Mid Valley Mall, baru-baru ini.

Sejak mengakhiri percintaan terakhir dengan seorang pelakon, Fify Azmi pada 2023, Nafiez mengakui sukar untuk membuka hati memgenali orang baru.

“Bukan sebab serik, tapi sebab kes lalu di mana berpisah tanpa tahu punca membuatkan saya takut sekiranya ia terjadi sekali lagi.

“Saya pernah cuba mahu bercinta, tapi hanya sekerat jalan. Saya pun tidak melepak, jumpa orang baru apalagi mengurat sesiapa. Hanya urus perniagaan atau berlakon,” tambahnya.

Pelakon Martabat Misi Berdarah itu juga tidaj menafikan ada beberapa individu yang cuba mendekatinya. Tapi setakat ini tiada yang serius.

“Tiada pula yang mesej saya bak kenal. Cuma sebelum ini ada kenalan yang mahukan sesuatu yang lebih istimewa, tapi saya tak bermaksud begitu,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN