WASHINGTON: Satu objek berapi misteri mencetuskan kekecohan di beberapa negeri Amerika Syarikat (AS) termasuk Georgia, South Carolina dan Tennessee, apabila ia dilihat meluncur di langit pada petang semalam, sambil meninggalkan kesan asap sebelum jatuh ke tanah. Pihak berkuasa di tiga negeri, termasuk ahli sains, pakar kaji cuaca dan pihak keselamatan, sedang berusaha menyiasat fenomena luar biasa yang menarik perhatian ramai di kawasan luas di selatan AS. Penampakan itu mencetuskan ratusan…