KANGAR: Pemilihan Pas kawasan Arau menyaksikan kejutan apabila Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli tewas bagi jawatan Yang Dipertua (YDP) Pas kawasan berkenaan. Mohd. Shukri yang juga Pesuruhjaya Pas negeri memperolehi 43 undi tewas kepada penyandang, Solahudin Azmi, menerima sebanyak 128 undi. Manakala bagi jawatan Timbalan YDP, Speaker kerajaan negeri, Ruselee Eizan gagal mempertahankan kedudukan tersebut selepas tewas kepada Mohd Ridzuan Hashim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji…