MELAKA: Masjid As-Salimin, Kampung Kandang di sini mencipta kelainan sempena sambutan Aidiladha tahun ini apabila melaksanakan ibadah korban menggunakan rumah sembelihan manual yang dibina sendiri penduduk. Rumah sembelihan bernilai RM25,000 itu dilengkapi kandang berkeluasan 40×40 kaki dan hampir menepati spesifikasi ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), sekali gus menjadikan penyembelihan lebih sistematik, selamat dan bersih. Pengerusinya, Abdul Malik Hussin berkata, kelebihan utama rumah sembelihan itu ialah ia boleh digunakan walaupun dalam…