SHAH ALAM: Negara dijangka berdepan krisis bekalan darah apabila hanya 2.5 peratus daripada lebih 34 juta penduduk berminat dan tampil menderma darah. Lebih membimbangkan apabila 75 peratus atau tujuh juta belia tidak berminat menderma darah, menyaksikan bekalan banyak diperoleh hasil sumbangan golongan lebih berusia. Peratusan itu masih jauh daripada sasaran 40 peratus belia menderma darah menjelang 2030, dan saranan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) lima peratus penderma daripada populasi negara sedang membangun. Situasi tersebut dibimbangi menjejaskan bekalan darah di lebih 300 hospital awam dan swasta ketika Malaysia diunjur menjadi negara menua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya