BANGKOK: Seorang pekerja berusia 43 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat enam bangunan Jabatan Pengairan Diraja di daerah Dusit, Bangkok, ketika cuba membuang serpihan siling. Pegawai Balai Polis Samsen, Leftenan Kolonel Surachai Phanlomsor, mengesahkan kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu selepas menerima laporan mengenai insiden itu. Mangsa, yang hanya dikenali sebagai Santi, ditemukan di dalam lif kargo dengan kesan melecur pada lengan kanannya. Saksi melaporkan terdengar bunyi seperti runtuhan bumbung…