PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM18.31 bilion untuk suku pertama (S1) 2025 berakhir 31 Mac. Pendapatan pelaburan tersebut bagaimanapun turun 13 peratus berbanding RM20.99 bilion yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun 2024. Jumlah itu termasuk keuntungan sekuriti sebanyak RM1.02 bilion yang belum direalisasikan, kebanyakannya disebabkan oleh turun naik kadar pertukaran asing. Selaras dengan polisi KWSP, keuntungan itu tidak akan diagihkan sebagai dividen. Ketua Pegawai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya