GUA MUSANG: Meredah laluan tinggalan balak yang berselut tebal dan berlekuk tidak pernah membuatkan Mohamad Danieal Haris Mohammad, 18, atau Ayeh berfikir meninggalkan kerjaya sebagai penghantar barang ke kawasan penempatan Orang Asli di hulu Kelantan. Bagi Ayeh, cabaran itu sudah sebati dengan dirinya malah membuatkan dia menjadi ‘kental’ meneruskan tugas tersebut walaupun berdepan risiko kemalangan selain ancaman haiwan buas sepanjang perjalanan. “Saya mula terdedah dengan kerjaya ini seawal usia 11…