PETALING JAYA: Siasatan awal polis terhadap kes bunuh penuntut wanita sebuah universiti swasta di Cyberjaya kelmarin akan dilakukan secara menyeluruh termasuk kemungkinan pelaku adalah individu dikenali. Sumber berkata, polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti dan mengesan suspek terlibat. “Polis masih mengesan suspek dan kemungkinan pelaku adalah individu dikenali memandangkan tidak terdapat sebarang kesan pecah masuk ke atas kediaman mangsa. “Selain itu, polis juga ada mengesan transaksi pengeluaran wang menggunakan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik mangsa oleh individu lain selepas dia dibunuh,” katanya di sini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya