PETALING JAYA: Pemasangan peranti kawalan had laju (SLD) dijangka memberi kesan kepada pemandu kenderaan komersial menambah tempoh masa perjalanan dan mendapatkan komisen. Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Persatuan Pemandu Lori dan Bas (GPPLB), Hairi Md. Ali berkata, pemasangan SLD itu menambah sekurang-kurangnya satu jam kepada tempoh perjalanan daripada tempoh kebiasaan. Katanya, penambahan masa perjalanan disebabkan peranti tersebut turut menyebabkan pemandu kenderaan komersial sukar mencapai sasaran komisen sekali gus menyebabkan pendapatan bulanan…