KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan tiga langkah tegas bagi meningkatkan keselamatan perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini, sekali gus mengelak tragedi berulang. Langkah itu ialah mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar kepada semua penumpang bas ekspres dan persiaran bermula esok, menyenarai hitam syarikat-syarikat yang gagal melunaskan tunggakan saman dalam tempoh 14 hari. JPJ juga akan membatalkan lesen syarikat pengendali kenderaan perdagangan yang gagal audit melalui Op Khas ‘JPJ Inspection and Safety Audit’ (JISA). Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, langkah itu merupakan usaha berterusan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya