FRANKFURT: Jerman menggesa Apple dan Google untuk menyekat perkhidmatan kecerdasan buatan China, DeepSeek, daripada gedung aplikasi mereka di negara itu, susulan kebimbangan terhadap perlindungan data pengguna. Pesuruhjaya Perlindungan Data Jerman, Meike Kamp berkata, permintaan itu dibuat kerana DeepSeek didapati memindahkan data peribadi pengguna secara haram ke China. Menurutnya, kedua-dua gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) itu perlu menyemak permintaan berkenaan dan memutuskan sama ada akan menyekat aplikasi tersebut di Jerman. Bagaimanapun,…










