BERLIN: Israel mendakwa serangan besar-besaran yang dilancarkan ke atas Iran berupaya mengekang kemajuan program nuklear negara itu. Menteri Luar Israel, Gideon Saar, menganggarkan serangan ketenteraannya boleh melambatkan pembangunan senjata nuklear Iran sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun. Dalam temu bual bersama akhbar Jerman, Bild, Saar mendakwa serangan Israel yang menyasarkan ratusan tapak nuklear dan ketenteraan, termasuk membunuh beberapa saintis serta komander tertinggi, membawa hasil yang sangat ketara. “Berdasarkan penilaian diterima, kami berjaya melambatkan sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun untuk Iran memiliki bom nuklear. “Hakikat bahawa kami berjaya menumpaskan individu yang menerajui…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya