TEL AVIV: Tentera Israel hari ini mendakwa membunuh komander tentera tertinggi Iran, Ali Shadmani, dalam serangan udara semalaman yang disasarkan di tengah Teheran. Dalam kenyataan rasmi, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menyifatkan Ali sebagai tokoh paling kanan dalam struktur ketenteraan Iran dan memegang peranan sebagai Ketua Turus Perang, serta individu paling rapat dengan Pemimpin Tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei. Menurut Israel, serangan itu menyasarkan pusat komando yang aktif dan dihuni, serta dilakukan…










