Israel belanja RM850 juta sehari untuk perang Iran

Israel belanja RM850 juta sehari untuk perang Iran

IRON Dome memintas roket yang dilancarkan dari Iran di Baitulmuqaddis pada 13 Jun lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Peperangan antara Israel dengan Iran menyebabkan negara itu menanggung kos kira-kira AS$200 juta (RM850 juta) sehari, menurut penilaian awal yang dilaporkan oleh The Wall Street Journal (WSJ).

Ini menjadikannya konflik paling mahal dalam sejarah moden Israel dan meningkatkan desakan untuk menamatkannya secepat mungkin.

Kos tertinggi datang daripada usaha mempertahankan mempertahankan ruang udara Israel, terutama dalam memintas ratusan peluru berpandu yang dilancarkan Iran.

Sistem pertahanan seperti David’s Sling dan Arrow 3 yang setiap satunya menelan belanja antara AS$700,000 (RM2.9 juta) hingga AS$4 juta (RM17 juta) digunakan berulang kali bagi menangani lebih 400 peluru berpandu Iran sejak beberapa hari lalu.

Kos operasi ketenteraan juga melonjak apabila penggunaan jet pejuang F-35 Israel untuk menyerang sasaran sejauh 1,600 kilometer (km) di Iran dianggarkan berharga AS$10,000 (RM42,525) sejam bagi setiap pesawat, tidak termasuk kos bom panduan tepat seperti JDAM dan MK84.

Menurut Institut Dasar Ekonomi Aaron, kos keseluruhan bagi perang selama sebulan boleh mencecah AS$12 billion (RM21 billion).

“Perang itu jauh lebih mahal daripada Gaza atau Hezbollah. Peluru, baik untuk pertahanan mahupun serangan adalah beban kos paling besar,” kata pakar ekonomi Zvi Eckstein.

Tekanan ekonomi yang semakin memuncak mencetuskan tekanan supaya perang disingkatkan, namun Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu masih belum menunjukkan petanda untuk menghentikan operasi ketenteraan sebelum mencapai objektif strategik, termasuk melumpuhkan program nuklear dan peluru berpandu Iran.

Jurutera menganggarkan kos pembinaan semula melebihi AS$400 juta (RM1.7 bilion) dengan ratusan bangunan rosak dan lebih 5,000 penduduk terpaksa dipindahkan.

Salah satu kilang penapis minyak terbesar di Israel juga ditutup buat sementara waktu selepas terkena serangan dan beberapa sektor infrastruktur kritikal turut terganggu.

Bekas Gabenor Bank Israel, Karnit Flug memberitahu WSJ bahawa jangka masa perang akan menentukan kelestarian ekonomi negara.

“Jika ia seminggu, itu satu perkara. Tetapi jika dua minggu atau sebulan, ia adalah cerita yang sangat berbeza,” katanya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN