PUTRAJAYA: “Saya mungkin nampak kuat tetapi hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang saya dan keluarga lalui.” Demikian kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang bersyukur dan lega selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam membebaskan beliau daripada empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). “Saya perlukan sedikit masa untuk bersama keluarga, selepas lima tahun yang mencabar ini,” tambahnya. Ahli Parlimen Muar itu berkata, keputusannya berhadapan kes tersebut di mahkamah…