TEHERAN: Gempa bumi berukuran 5.1 skala Richter menggegarkan utara Iran pada Jumaat, ketika negara itu berdepan gelombang serangan udara berterusan dari Israel.
Menurut agensi berita rasmi IRNA, tiada kemalangan jiwa dan hanya ‘kerosakan minimum’ dilaporkan.
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa tersebut berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) dan berpusat kira-kira 37km di barat daya bandar Semnan.
Sementara itu, televisyen negara Iran melaporkan bacaan gempa lebih tinggi iaitu 5.5 skala Richter dan menggegarkan kawasan sekitar bandar Sorkheh di wilayah Semnan.
Gegaran turut dirasai di ibu negara Teheran, yang terletak kira-kira 150km dari Sorkheh.- AFP









