LIPIS: Hasrat lapan individu daripada dua buah keluarga dari Klang, Selangor untuk menziarahi ibu saudara mereka yang sakit di Kota Bharu, Kelantan, berakhir tragedi. Ia selepas dua orang daripada mereka maut apabila kereta dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori dalam nahas di Kilometer 37, Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU), dekat Kampung Chegar Perah, di sini, semalam. Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira puku 5.30 pagi ialah Roslawati Mat Daud, 50,…