OXFORDSHIRE: Dua lelaki dari Oxford dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah merompak tandas emas 18 karat bernilai £4.8 juta (RM25.9 juta) dari sebuah pameran seni di Blenheim Palace pada September 2019. Tandas karya seni Maurizio Cattelan itu dicuri hanya beberapa jam selepas majlis pelancaran diadakan di rumah agam bersejarah tersebut. James ‘Jimmy’ Sheen, 40, mengaku bersalah atas tuduhan pecah masuk, pemindahan harta jenayah dan bersubahat melakukan jenayah yang sama pada 2024. Manakala, Michael Jones, 39, pula didapati bersalah atas tuduhan pecah masuk pada Mac lalu. Mahkamah Tinggi Oxford pada Jumaat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya