TANGKAK: Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui terdapat cubaan pihak tertentu untuk melaga-lagakan dan merenggangkan hubungan beliau dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Presiden UMNO itu berkata, tindakan pihak tersebut jelas tidak bertanggungjawab kerana mahu memecah-belahkan hubungannya dengan presiden parti. “Saya banyak kali dengar orang bercerita mengenai saya lebih-lebih lagi cuba bercerita buruk dan melagakan kami. “Saya hanya senyum kerana orang yang mengadu itu saya tidak percayakan…