KAJANG: Satu undang-undang khusus perlu diwujudkan bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes penyelewengan dana-dana awam di rumah ibadah termasuk masjid dan surau yang terdapat di negara ini. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, banyak aduan, maklumat dan rungutan diterima kebelakangan ini yang mempertikaikan pengurusan kewangan dan perolehan dana membabitkan rumah ibadah khusus di masjid dan surau. Beliau berkata, tindakan dan akta SPRM adalah undang-undang yang…










