Bot nelayan ditahan bersauh secara mencurigakan di Tanjung Tembeling

Bot nelayan ditahan bersauh secara mencurigakan di perairan Tanjung Tembeling

SEBUAH vesel nelayan tempatan mencurigakan kira-kira 2.5 batu nautika dari Timur Tanjung Tembeling, Kuantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebuah bot  nelayan pukat tunda tempatan kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang kerana bersauh dalam keadaan mencurigakan kira-kira 2.5 batu nautika dari Timur Tanjung Tembeling, semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, penahanan itu dilakukan sekitar pukul 11.40 pagi menerusi rondaan rutin operasi penguatkuasaan Op Makmur dan Op Tiris di perairan berkenaan.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat awak-awak berada di atas vesel terbabit termasuk seorang tekong warga tempatan, seorang warga Myanmar dan seorang lagi warga Kemboja, masing-masing berumur antara 31 hingga 66 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati dua daripada awak-awak warga asing itu tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), tiada permit kerja sah daripada Jabatan Perikanan Malaysia dan pasport yang dikemukakan turut meragukan.

“Kesemua mereka kini disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya di sini hari ini.

Tambah Mazlan, vesel tersebut bersama peralatan menangkap ikan, dokumen berkaitan serta hasil laut dianggarkan seberat 13 tan metrik telah dibawa ke Jeti Penerpa, Kuantan untuk tindakan lanjut oleh pegawai penyiasat Maritim Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN