JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor menyeru usahawan di negeri ini untuk merebut peluang dengan memohon program BRJohor Niaga bagi mengembangkan perniagaan masing-masing. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, seramai 644 usahawan telah menerima manfaat program BRJohor Niaga dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM43.2 juta. Katanya, program ini masih mempunyai baki pembiayaan sebanyak RM53.1 juta dan permohonan tersebut akan ditutup pada Mac tahun depan.…