Tanding Timbalan Presiden, Nurul Izzah mampu kukuhkan PKR

Tanding Timbalan Presiden, Nurul Izzah mampu kukuhkan PKR

NURUL IZZAH ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: PKR Kelantan melihat Nurul Izzah Anwar sebagai individu yang paling layak menggalas tanggungjawab sebagai timbalan presiden parti itu jika diberi mandat oleh perwakilan pada pemilihan 24 Mei ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Kelantan Datuk Sri Mohamad Suparadi Md. Noor berkata, kehadiran pemimpin yang sudah jatuh bangun selama 25 tahun bersama PKR itu mampu memperkasakan kedudukan parti bagi mengharungi suasana mencabar arena politik negara hari ini.

Menurutnya, sehubungan dengan itu 13 daripada 14 Chabang Keadilan di negeri ini kecuali Pengkalan Chepa secara terbuka menyatakan sokongan kepada Nurul Izzah.

“Kami amat yakin beliau (Nurul Izzah) adalah sosok tubuh yg sangat sesuai.
Melalui pengalaman luas dalam PKR serta keperibadiannya yang sentiasa bersama akar umbi dapat membantu parti ke arah yang lebih kukuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Ketua Chabang Tanah Merah itu turut menyangkal tuduhan PKR sebagai parti anak beranak selepas ramai yang mahu Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden.

“Kita melihat sosok tubuh dan pemikiran Nurul Izzah, bukannya latar belakang beliau.

“PKR Kelantan penuh yakin, Nurul Izzah mampu membawa aura reformasi kepada PKR secara keseluruhan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN