Sungai Rasau bebas pencemaran, LRA Wakaf Bunut kembali beroperasi

Sungai Rasau bebas pencemaran, LRA Wakaf Bunut kembali beroperasi

IZANI Husin ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tabung Amal DUN Kijang di Kampung Kijang, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Loji Rawatan Air (LRA) Wakaf Bunut milik syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang sebelum ini terpaksa ditutup akibat masalah pencemaran air Sungai Rasau yang berpunca daripada racun di kolam peliharaan ikan sudah kembali beroperasi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Dr. Izani Husin berkata, hal ini kerana air sungai  di kawasan itu sudah disahkan bebas pencemaran.

“Pencemaran itu sebenarnya sudah dirawat dan boleh digunakan tiga hari selepas pencemaran dikesan pada 9 April lalu.

“Bagaimanapun mengikut prosedur, kita perlu ambil sampel air dan dihantar ke makmal untuk ujian. Proses ini mengambil masa seminggu sebelum air sungai tersebut dipastikan benar-benar selamat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Tabung Amal Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang, di Kampung Kijang, di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, pencemaran air Sungai Rasau yang berpunca da­ripada racun di kolam peliharaan ikan sehingga menyebabkan LRA Wakaf Bunut milik AKSB menutup operasi sejak lapan hari lalu, mengganggu urusan harian penduduk.

Tinjauan Utusan Malaysia semalam mendapati, rata-rata penduduk terpaksa mencari alternatif termasuk membeli air minuman atau mineral untuk kegunaan ha­rian seperti memasak.

Seorang penduduk, Ismail Awang Mat, 48, berkata, setiap hari dia membelanjakan RM20 untuk membeli air minuman atau mineral sejak seminggu lalu selepas pencemaran itu berlaku.

Pencemaran itu menyebabkan LRA Wakaf Bunut milik AKSB di sini tercemar sekali gus menjejaskan 8,500 akaun pengguna.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya