Simbah asid: Reman pekerja wanita disambung empat hari lagi - Utusan Malaysia

Simbah asid: Reman pekerja wanita disambung empat hari lagi

SUSPEK (tengah) semasa dibawa ke Mahkamah Bachok, Kelantan untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Seorang pekerja wanita di sebuah kilang getah yang merupakan suspek kepada kes simbah asid sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada pemilik salon dan spa di Beris Kubur Besar di sini direman selama empat hari lagi bagi membantu siasatan.

Perintah lanjutan reman yang bermula esok sehingga Jumaat ini dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Fauzan Mohd. Suhairi.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 9.41 pagi dengan menaiki kereta polis.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, seorang pekerja kilang getah ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan kes simbah asid ke atas pemilik spa dan salon sehingga menyebabkan kecederaan parah dalam kejadian di Beris Kubor Besar.

Sebelum itu, seorang pemilik spa dan salon kecantikan parah selepas diserang empat ‘pelanggan’ termasuk tiga wanita berpurdah dengan cecair asid ketika berada di premisnya di pekan Beris Kubur Besar di sini pada 17 Mei lalu.

Kejadian kira-kira pukul 8.40 malam itu menyebabkan mangsa, Nor Faziera Muda, 27, mengalami kecederaan parah pada lengan kanan dan belakang badan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN