PETALING JAYA: Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan kira-kira RM89 juta setahun bagi menampung keperluan makanan seramai 16,412 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditempatkan di depot Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) di seluruh negara. Jumlah itu hanya anggaran bagi kos perbelanjaan makan dan minum bagi setiap tahanan PATI iaitu RM15 sehari namun ia tidak merangkumi bil elektrik dan perubatan yang juga perlu ditanggung. Bagaimanapun, kos ini bergantung kepada jumlah kapasiti semasa PATI yang masuk dan keluar depot mengikut keadaan. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, setakat 30 April lalu, seramai 16,412…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya