Polis Kelantan siasat maklumat anggota salah guna kuasa di sempadan

Polis Kelantan siasat maklumat anggota salah guna kuasa di sempadan

MOHD. Yusoff Mamat (tengah) semasa memakaikan pangkat kepada pegawainya semasa Perhimpunan Bulanan Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan mengesahkan pihaknya ada menerima maklumat berkait salah guna kuasa melibatkan anggota pasukan itu yang berkhidmat di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini melibatkan kegiatan penyeludupan.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, maklumat tersebut diperoleh pada tahun lalu dan pihaknya sudah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat perkara tersebut.

“Kita (Polis Kelantan) sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota sama ada Pasukan Gerakan Am (PGA) dan balai-balai yang terlibat dengan perkara ini.

“Saya juga sering mengingatkan semua anggota termasuk pegawai supaya jangan bersubahat dengan penyeludupan terutama sekali dadah, senjata api dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, pihaknya mengambil serius perkara tersebut keran ia melibatkan soal kedaulatan dan keselamatan negara.

Sebelum ini tular di media sosial yang mendakwa ada dalam kalangan anggota keselamatan yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand di sini menyalah gunakan kuasa mereka dengan menyokong aktiviti penyeludupan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN