PKIBSM dakwa kewujudan bas, van percuma gugat bas sekolah

PKIBSM dakwa kewujudan bas, van percuma gugat industri bas sekolah

MOHD. HARON MOHD. SIDIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pertubuhan Kebajikan Industri Bas Sekolah Malaysia (PKIBSM) mendakwa kewujudan banyak bas dan van percuma mengganggu-gugat industri bas sekolah di negara ini.

Presidennya, Mohd. Haron Mohd. Sidik berkata, hasil pemerhatian pengusaha-pengusaha Bas Sekolah Malaysia (BSM), kenderaan-kenderaan tersebut berhenti berdekatan dengan sekolah semasa habis waktu persekolahan.

“Apakah operasi kenderaan-kenderaan ini sekarang mengambil dan menghantar pelajar-pelajar sekolah? Sepatutnya kenderaan-kenderaan ini beroperasi untuk mengambil penumpang-penumpang dewasa sahaja, tidak sesuai ambil pelajar.

“Biarlah pelajar-pelajar menaiki bas sekolah yang berdaftar, lebih selamat dan mematuhi akta perlindungan kanak-kanak. Kita boleh awasi pelajar-pelajar ini, sama ada masuk sekolah atau tidak,” katanya di sini semalam.

Mohd. Haron berkata, perkhidmatan kenderaan-kenderaan awam ini ditanggung oleh dana kerajaan yang mana untung atau rugi tidak ada masalah untuk beroperasi setiap hari.

Katanya, jika kenderaan mereka rosak, tiada alasan yang perlu diberikan kepada ibu bapa berbanding BSM yang perlu sediakan bas ganti.

“Mereka bebas dan tidak terikat dengan sebarang peraturan kerajaan seperti yang dikenakan kepada BSM. Soalnya, apakah ini satu cara untuk mematikan industri BSM?

“Sepatutnya kerajaan membantu industri ini. Berikan dana tersebut juga kepada BSM, supaya BSM dapat mengurangkan tambangnya dan kos penyelenggaraan bas sekolah yang semakin naik,” ujarnya.

Mengulas lanjut Mohd. Haron berkata, perkhidmatan BSM lebih selamat berbeza dengan perkhidmatan bas-bas lain kerana ia memberi perkhidmatan dari pintu rumah ke pintu sekolah.

“Kita kenal pemandu-pemandunya. Sebarang masalah anak-anak kita boleh rujuk terus kepada pemandu. BSM juga berdaftar dan diperakui oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan seperti Puspakom.

“Setiap 6 bulan sekali kenderaan menjalani pemeriksaan berkala, pemeriksaan hospital untuk tahap kesihatan diwajibkan pemandu setiap tahun. Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) perlu berlaku adil kepada industri BSM. Jika tidak perniagaan ini akan gulung tikar. Keselamatan anak2 kita jangan diabaikan dan diambil mudah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN