PGA rampas pelbagai anak pokok seludup, kenderaan RM1.77 juta

PGA rampas pelbagai anak pokok seludup, kenderaan RM1.77 juta

SEBAHAGIAN pokok seludup yang dirampas PGA di Kampung Kedap, Rantau Panjang, Kelantan-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis pokok seludup termasuk kenderaan yang bernilai RM1.77 juta dalam tiga serbuan berasingan sekitar Rantau Panjang dan Tanah Merah di sini semalam.

Dalam Op Intra itu, seramai empat lelaki yang dipercayai bertindak sebagai pengantar barang tersebut masing-masing berusia 24 hingga 44 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, semasa melakukan penugasan di sekatan jalan raya (SJR) Lalang Pepuyu, Tanah Merah anggota bertugas telah menahan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki bersama kelindan dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menjumpai 600 pokok bunga kertas di dalam lori berkenaan dan kedua-dua lelaki berkenaan gagal mengemukakan dokumen berkaitan dengan barangan dibawa.

“Kita tidak menolak kemungkinan pokok yang diseludup dari negara Thailand itu mempunyai serangga perosak. Kedua-dua lelaki itu kita tahan untuk membantu siasatan dan barangan rampasan dibawa ke Kompeni Taktika (Komtak) Taman Bakti Rantau Panjang.

“Rampasan kedua pula dilakukan pada pukul 7.30 malam di sekat pintas Serongga selepas menahan sebuah lori dipandu lelaki berusia 34 tahun dalam keadaan mencurigakan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, pemeriksaan lanjut menjumpai pelbagai pokok buah-buahan dan bunga hiasan yang berada di atas lori berkenaan.

Katanya, rampasan seterusnya dilakukan pada pukul 9 malam semasa anggota PGA melakukan rondaan di Kampung Kedap.

“Pemeriksaan telah menjumpai 3,650 anak pokok buah-buahan dan pokok hiasan. Kesemua rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Pertanian Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya