Perhilitan Kelantan siasat penemuan tapak kaki harimau di Kampung Renyuk

Perhilitan Kelantan siasat penemuan tapak kaki harimau di Kampung Renyuk

TANGKAP layar yang menunjukkan penemuan tapak kaki harimau di kawasan kebun dekat Kampung Renyuk, Jeli, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan akan menjalankan siasatan berhubung penemuan tapak kaki harimau di Kampung Renyuk di sini sebagaimana tular di laman sosial sejak semalam.

Pengarahnya Mohamad Hafid Rohani berkata, sepasukan anggota jabatan itu sudah digerakan ke lokasi penemuan untuk menjalankan siasatan lanjut walaupun masih belum menerima aduan secara rasmi daripada penduduk.

“Kita akan membuat pemantauan untuk melihat keadaan sebenar di lokasi tersebut,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Terdahulu tular video berdurasi 29 saat yang memaparkan penemuan tapak kaki harimau oleh seorang lelaki dipercayai mahu masuk ke kawasan kebun untuk mencari rezeki.

Sementara itu, Penghulu Mukim Reka, Abu Bakar Yazid memberitahu, penemuan tapak pak belang itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk.

Katanya, penduduk yang mahu masuk ke kebun disaran berhati-hati dan menggelakan pergerakan seorang diri.

“Pergerakan secara berkumpulan lebih baik dan selamat jika berdepan sebarang bahaya. Setakat ini aktiviti menoreh getah dan masuk ke kebun masih berjalan seperti biasa,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN