Penyeludup lari tinggalkan rokok putih RM693,000

Penyeludup lari tinggalkan rokok putih RM693,000

SEBAHAGIAN rokok seludup yang dirampas PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor semasa melakukan serbuan di pesisir Sungai Mak Neralang, Kok Keli, Tumpat, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Sekumpulan penyeludup bertindak melarikan diri bagi dengan meninggalkan rokok putih bernilai RM693,000 selepas terkejut diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor semasa melakukan kegiatan haram itu di pesisir Sungai Mak Neralang, Kok Keli di sini semalam.

Rampasan 350,000 batang rokok putih itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota PPM menerusi Op Taring Landai/Op Khas Kontraban Siri 55/2025 pada pukul 1.30 pagi.

Komander PPM Wilayah Tiga Asisten Komisioner Zulafendy Hassan berkata, semasa menjalankan pemantauan di lokasi anggota bertugas telah melihat sekumpulan lelaki berada dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, terkejut dengan kehadiran anggota PPM kumpulan lelaki berkenaan bertindak melarikan bagi mengelakkan daripada ditahan.

“Pemeriksaan di lokasi telah menjumpai timbunan plastik berwarna hitam yang mengandungi 350,000 batang rokok putih.

“Barangan tersebut kemudian dibawa balik Markas Operasi PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Zulafendy memberitahu, kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

Katanya, PPM Wilayah Tiga komited menangani jenayah di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya