KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran negara mencatatkan penurunan kepada 3.1 peratus, terendah dalam tempoh sejak 10 tahun lalu. Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, penurunan itu disumbangkan oleh peningkatan jumlah pekerjaan dan penyertaan tenaga buruh di pasaran. Katanya, jumlah pekerjaan meningkat daripada 16.1 juta pada 2013 kepada 17.34 juta tahun ini. “Ini menunjukkan pemulihan ekonomi yang berterusan serta kejayaan pelbagai inisiatif kerajaan dalam merangsang pasaran kerja,” katanya dalam majlis…