Pemilihan PKR: Saifuddin akan buat keputusan dalam

Pemilihan PKR: Saifuddin akan buat keputusan dalam masa terdekat

SAIFUDDIN Nasution Ismail selepas mengadakan lawatan kerja sempena MPK KDN di Pos PGA Ibrahim Pencen, Rantau Panjang, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan akan membuat keputusan dalam masa terdekat sama ada akan bertanding pada Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sesi ini.

Saifuddin berkata, tarikh akhir penyerahan borang pencalonan yang sepatutnya hari ini telah dilanjutkan kepada 8 Mei.

Katanya, lanjutan tempoh masa yang berbaki empat hari akan dimanfaatkan sebaik mungkin sebelum membuat sebarang keputusan.

“Sebelum ini saya telah mengadakan perbincangan lama dengan rakan iaitu Yang Berhormat Datuk Seri Rafizi Ramli, hampir empat jam. Kemudian saya juga telah melakukan dua hingga tiga sesi pertemuan dengan Presiden PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Saya juga sudah melengkapkan pertemuan dan perbincangan dengan kepimpinan negeri dan ketua cabang. Sebagai orang lama, saya lebih banyak berasa kalah daripada menang dan pengalaman itu banyak mengajar,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja sempena Mesyuarat Pasca Kabinet (MPK) Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Ibrahim Pencen di sini, hari ini.

Tambah Saifuddin, beliau tidak memikirkan soal kalah menang atau kedudukan dalam parti namun lebih melihat kepada pengukuhan PKR.

Katanya, organisasi yang mantap dalam tempoh dua tahun akan datang mampu menjadi penyumbang kepada kemenangan parti dalam pilihan raya umum akan datang.

“Ketika ini kerusi PKR ada 31, jadi parti yang kuat selepas proses pemilihan bermaksud mampu untuk menyumbang kepada jumlah besar berbanding sekarang.

“Seterusnya ia boleh membantu mengukuhkan Pakatan Harapan (PH), Kerajaan Perpaduan seterusnya memposisikan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri dan itu keutamaan saya,” ujarnya.

Sebelum ini, Saifuddin pernah bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan 2022, namun tewas kepada Rafizi. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya