Pelajar sekolah, IPT majoriti penderma darah Hospital Pakar USM

Pelajar sekolah, IPT majoriti penderma darah Hospital Pakar USM

KAKITANGAN Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia beramah mesra dengan penduduk yang menderma darah pada Program Khidmat Komuniti Masjid Al Falah, Ketereh di Kota Bharu, Kelantan. - IHSAN HPUSM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebanyak 60 pe­ratus penderma darah kepada Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian di sini setiap tahun terdiri daripada golongan pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Pegawai Perubatan Unit Perubatan Transfusi HPUSM, Dr. Mohd. Amran Abdul Wahab berkata, sebanyak 12,000 pek darah diterima pihaknya menerusi program derma darah setiap tahun dengan 7,200 pek darah daripadanya melibatkan golongan itu.

“Penggunaan darah yang pa­ling banyak adalah untuk kes pembedahan mangsa terlibat dengan kemalangan. Setakat ini, bekalan darah di HPUSM masih mencukupi dan tidak pernah terputus,” katanya pada Program Khidmat Komuniti Masjid Al Falah, Ketereh di sini.

Menurutnya, pembedahan melibatkan satu kes mangsa kemalangan memerlukan antara 20 hingga 30 pain darah dan Hospital Raja Perempuan Zainab II juga banyak membantu HPUSM sekiranya kekurangan bekalan darah.

Sementara itu, Ketua Biro Agama dan Dakwah Masjid Al Falah, Ahmad Abdullah berkata, masjid tersebut mengadakan program derma darah sebanyak tiga kali setahun bagi tujuan membantu HPUSM mendapatkan bekalan.

Menurutnya, dia sendiri sudah menderma lebih 50 kali dan program derma darah yang dianjurkan mendapat sambutan daripada penduduk setempat.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN